3. STRATEGI BUSINESS DR TONY FERNANDES
Saya memilih untuk menulis tentang strategi
perniagaan dari negara kita sendiri yang telah menjadi jenama bertaraf global
dalam tempoh kurang dari 9 tahun iaitu syarikat penerbangan tambang murah
AirAsia walaupun pada mulanya hasrat Dato' Tony Fernandes untuk membuka
syarikat penerbangan tambang murah ini dipandang rendah dan orang tidak yakin
terhadapnya.
Pada tahun 2001, syarikat ini bernilai hanya RM1.00,
dibebani hutang sebanyak RM40 juta, mempunyai hanya dua kapal terbang terpakai
Boeing 737-300, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang
setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.
Menurut Dato’ Tony Fernandez, tiada rahsia kejayaan
yanga da yang ada hanyalah strategi bisnes yang tepat.
Antara strategi-strategi yang digunakan Dato Tony
Fernandez untuk membangunkan AirAsia adalah para pekerja di AirAsia merupakan asset
syarikat. AirAsia mengelarkan para pekerjanya All Stars kerana bagi AirAsia
faktor utama yang menyumbang kepada kejayaannya peranan yang diberikan para
pekerjanya. Selain itu, AirAsia juga
turut mengambil inisiatif menubuhkan unit budaya korporat yang bertanggungjawab
dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua pekerja.
Strategi kedua adalah memastikan pengurusan kos
efektif. Ini kerana dengan pengurusan kos yang efektif membolehkan AirAsia
terus menawarkan harga tambang penerbangan yang rendah kepada pelanggannya.
Strategi yang ketiga adalah membina hubungan yang
baik dengan rakyat Malaysia. Untuk setiap kejayaan yang diperolehi oleh AirAsia
mahupun Dato Tony Fernandez sendiri, kecil atau besar kejayaan yang
diperolehinya bukan sahaja diraikan malahan diwar-warkan di laman web AirAsia
sendiri dan hebahan melalui media dan dipaparkan sebagai kejayaan rakyat
Malaysia bersama dan bukannya pada kejayaan AirAsia atau Doty Tony Fernandez.
Strategi-strategi yang digunakan AirAsia ini
bersifat Universal. Strategi-strategi tersebut bukan sahaja boleh digunakan
oleh bisnes yang besar malah juga perniagaan yang kecil dan yang hendak mula
bertapak. Strategi-strategi yang digunakan oleh Dato Tony Fernandez ini sangat
berkesan dalam pembangunan usahawan.