Hello people! Welcome to my blog!
' Life is way better when you're laughing. '

Sunday 2 November 2014

SUMBER:  

Artikel ini berkaitan tentang Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang berperanan menguruskan dua aspek penting zakat, iaitu kutipan dan agihan zakat. Ini adalah satu kelebihan di Lembaga Zakat Selangor, justeru kerja-kerja mengagihkan zakat sebenarnya amat besar kesannya kepada sesebuah institusi zakat, khususnya dalam membentuk pemikiran warga amil di Lembaga Zakat Selangor  terhadap penghayatan roh zakat itu sendiri.
Strategi pembangunan yang digunakan oleh Lembaga Zakat Selangor ini adalah urusan agihan zakat diletakkan di bawah Pejabat Agihan Zakat yang diketuai oleh seorang Pengurus Besar dan dibantu oleh beberapa sektor yang bertanggung jawab memastikan aspek agihan zakat dapat dilaksanakan secara teratur dan rapi, termasuklah sektor yang secara khusus mengendalikan urusan bantuan modal perniagaan kepada asnaf zakat, iaitu Sektor Ekonomi.
Di bawah Sektor Ekonomi inilah, para asnaf yang berminat akan ditapis dan setelah didapati layak dan berpotensi menerima bantuan modal perniagaan, akan diberikan dana sesuai dengan jenis dan skala perniagaan yang mereka lakukan.

Ada dua bentuk bantuan modal, iaitu modal memulakan perniagaan dengan maksimum RM5,000 dan modal mengembangkan perniagaan dengan maksimum RM30,000.

Artikel ini mengisahkan tentang Program My Kampung My Future yang digerakkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah berjaya melonjakkan usahawan muda di luar bandar.
Program ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh generasi muda di Mukim Pulau Tiga,Teluk Intan, Perak. Program  ini telah menunjukkan pencapaian yang luar biasa.
Antara strategi-strategi yang digunakan untuk membangunkan usahawan di dalam program ini adalah hasil dari kesungguhan belia muda di Mukim Pulau Tiga sendiri  di samping bantuan sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan di bawah pendekatan lautan biru (MBOS).

Selain itu, peranan dan semangat yang ditunjukkan juga menjadi faktor kejyaaan dalam program ini.

Sunday 12 October 2014

RUMUSAN VIDEO POCARI SWEAT DAN AQUA

 POCARI SWEAT

Kisahnya bermula dengan Akihiko Otsuka, kepala pabrik Tokushima iaitu anak kepada Masahito Otsuka, seorang usahawan karismatik yang mencipta minuman terkenal seperti “Oronamin C Drink” dan “Oronine Ointment”. Nilai murni keusahawanan tersemai dalam jati diri Akihiko Otsuka kerana ayahnya, Masahito Otsuka membudayakan keusahawanan dalam kehidupan seharian Akihiko Otsuka.
            “Saya pun pasti akan menciptakan produk yang belum pernah ada”, kata Akihiko Otsuka. Akihiko Otsuka tekad membangunkan produk yang belum pernah ada dengan tangan sendiri.
            Rokuro Harima, penanggungjawab pengembangan minuman mengemukan idea minuman cairan infus. Pengalaman sakit beliau di Mexico memberi inspirasi kepada beliau bahawa minuman infus mampu mengantikan kandungan air yang hilang dalam tubuh. Akihiko Otsuka menyimpan idea bernas Rokuro Harima di hari kemudian kerana beliau berpendapat bahawa belum sampai waktunya menghasilkan minuman cairan infus.
            Pada tahun 1976, (tiga tahun kemudian), keperluan masyarakat Jepun terhadap kesihatan meningkat dan popular dengan trend olahraga joging. Akihiko Otsuka merancang mengeluarkan minuman cairan infus pada waktu keemasan ini. Minuman cairan infus yang komposisinya kaya dengan ion natrium dan ion kalium dan rasa yang enak di tenggorokan.
            Akihisa Takaichi, peneliti, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyelidikan dan pembangunan minuman cairan infus. Akihisa Takaichi pergi ke sauna dan berjalan-jalan untuk memahami komposisi keringat. Hasilnya, nilai ion natrium (nilai konsentrasi kadar garam) di sauna lebih tinggi daripada berjalan-jalan.
            Dari sinilah, Akihisa Takaichi menciptakan minuman cairan infus berdasarkan komposisi keringat. Namum demikian, minuman itu rasa pahit dan susah sekali ditelan. Ion natrium memberi rasa asin manakala rasa pahit berasal daripada ion kalium dan magnesium. Minuman ini susah diterima oleh konsumer.
            Akihisa Takaichi menambah zat pemanis untuk menghilangkan rasa pahit, tetapi keseimbangan rasa minuman tidak tepat serta tidak menepati konsep minuman kesihatan yang gulanya bawah 10%.
            Dalam masa 3 tahun, Akihisa Takaichi dan peneliti yang lain mengkaji minuman uji coba lebih daripada 1000 jenis.  Akihiko Otsuka, Rokuro Harima dan Akihisa Takaichi mendapati minuman cecair infus lebih enak jika dicampur dengan minuman uji coba serbuk instan dari celup. Akhirnya, Akihisa Takaichi berjaya mencipta minuman cecair infus yang kandungan gulanya 6.2% dan 7.0%. Peneliti-peneliti menyukai minuman cecair infus yang kandungan gulanya 7.0%. Tetapi, Rokuro Harima, ahli rasa tidak setuju dan membawa peneliti-peneliti mendaki gunung untuk membuat eksperimen terhadap dua jenis minuman cecair infus. Keputusanya, minuman infus cecair 6.2% lebih menepati kriteria minuman kesihatan dan disambut baik.
            Para ahli direksi memunyai tanggapan negatif terhadap minuman cecair infus kerana rasanya kurang enak, tawar dan pasti tidak laku. Akihiko Otsuka tetap dengan pendiriannya dan membuat keputusan menjual minuman cecair infus, dinamakan “Pocari Sweat”.
            Pada April 1980, penjualan Pocari Sweat bermula. Kepala Tim Marketing membuka kiosk menjual Pocari Sweat di pelbagai event dengan harga Rp 10. Pocari Sweat mendapat sambutan buruk dari konsumer.  Akihiko Otsuka membuat keputusan mengagih minuman Pocari Sweat kepada orang ramai dengan jumlah yang tidak terbatas.
            Akihiko Otsuka berani cuba mencipta pasaran yang belum pernah ada. Kepala Tim Marketing memulakan operasi bagi-bagi gratis di seluruh Jepang dengan memberi penjelasan secara detail kepada orang ramai. Jualan Pocari Sweat tetap sama walaupun dibagikan gratis sebesar Rp. 400 Miliar.
            Hasil usaha akhirnya berbuah pada musim panas tahun kedua Pocari Sweat dijual. Pada tahun 1980, jualan Pocari Sweat ialah Rp. 900 Miliar meningkat tiga kali ganda kepada Rp. 2.6 Triliun pada tahun 1981.
            Kesimpulannya, pengusaha Jepang, Akihiko Otsuka berjaya menciptakan pasar baru produk minuman kesehatan. Berawal dari idea Rokuro Harima, penanggungjawab produk minuman di perusahaan Otsuka Jepang, yang memberi idea membuat minuman dari cairan infus. Atas kerja keras dan kreatifitas dari semua elemen perusahaan, pocari sweat akhirnya sukses di 16 Negara.


Aqua


Ketika Tirto Utomo bekerja sebagai pegawai Pertamina, isteri ketua delegasi mengalami diare kerana terminum air yang tidak bersih. Tirto Utomo mengetahui bahawa masyarakat negara Barat tidak minum air minum yang direbus, tetapi air yang telah disterilkan. Idea mendirikan perusahaan air minum dalam kemasan (AMDK) pun bermula.

Perbezaan ketara antara Pocari Sweat dan Aqua adalah Pocari Sweat ialah hasil penyelidikan dan pembangunan Akihisa Takaichi dan peneliti-peneliti dari syarikat Akihiko Otsuka. Aqua pula hasil Slamet Utomo, adik Tito Utomo belajar memproses air minum dalam kemasan di Polaris, sebuah perusahaan AMDK yang ketika itu telah beroperasi 16 tahun di Thailand. Oleh itu, produk Aqua menyerupai Polaris mulai dari bentuk botol kaca, merek mesin pengolahan air, sampai mesin pencuci botol serta pengisi air pada peringkat permulaan.Pada peringkat awal, Aqua (produk air putih dalam botol) kadang-kadang merosot, kadang-kadang naik, situasi yang dialami serupa dengan “Pocari Sweat”. “Dulu bukan main sulitnya. Dikasih saja orang tidak mau. Untuk apa minum air mentah’, itulah celaan yang tak jarang kami terima,” kata Willy Sidharta. Tito Utomo (Pengasas Aqua) dan Akihiko Otsuka (pengasas Pocari Sweat) mempunyai persamaan dalam berani cuba mencipta pasaran yang belum pernah ada dan kecekalan hati yang kuat.

Selain itu, Tito Utomo mempunyai kesediaan meminta nasihat dari pakar-pakar. Contohnya, Tito Utomo mendengar nasihat tingkatkan harga Aqua secara ekstrem dan hasilnya jualan Aqua meningkat. Tetapi, situasi sebaliknya berlaku pada Akihiko Otsuka kerana beliau mempunyai ketegasan diri yang tinggi untuk memasarkan Pocari Sweat walaupun mendapat tentangan hebat. Ketegasan Akihiko Otsuka akhirnya mencipta Pocari Sweat yang berjaya di 16 negara.Taktik pemasaran yang dilancarkan oleh Tito Utomo dan Akihiko Otsuka mempuunyai keunikan masing-masing. Tito Utomo dengan Aquanya menjalankan jualan dari pintu ke pintu dan mendidik orang ramai tentang kesihatan manakala Akihiko Otsuka dengan Pocari Sweatnya memulakan operasi bagi-bagi gratis di seluruh Jepang dengan memberi penjelasan secara detail kepada orang ramai.

Sasaran pasaran Aqua pada peringkat awal ialah golongan menengah atas manakala sasaran pasaran Pocari Sweat pula semua lapisan masyarakat. Kesimpulannya, kedua-dua produk di atas laris dijual kerana pengusahanya melakukan transformasi terhadap kehidupan masyarakat. Tito Utomo dengan Aquanya mengubah tabiat orang Indonesia yang hanya minum tea dan kopi kepada minum air putih untuk kesihatan. Akihiko Otsuka bijak mengambil peluang trend olahraga dengan Pocari Sweat yang kaya dengan ion natrium dan ion kalium serta enak di tenggorokkan.


Tuesday 30 September 2014

ARTIKEL BERKAITAN USAHAWAN

3. STRATEGI BUSINESS DR TONY FERNANDES





Saya memilih untuk menulis tentang strategi perniagaan dari negara kita sendiri yang telah menjadi jenama bertaraf global dalam tempoh kurang dari 9 tahun iaitu syarikat penerbangan tambang murah AirAsia walaupun pada mulanya hasrat Dato' Tony Fernandes untuk membuka syarikat penerbangan tambang murah ini dipandang rendah dan orang tidak yakin terhadapnya.

Pada tahun 2001, syarikat ini bernilai hanya RM1.00, dibebani hutang sebanyak RM40 juta, mempunyai hanya dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.
Menurut Dato’ Tony Fernandez, tiada rahsia kejayaan yanga da yang ada hanyalah strategi bisnes yang tepat.
Antara strategi-strategi yang digunakan Dato Tony Fernandez untuk membangunkan AirAsia adalah para pekerja di AirAsia merupakan asset syarikat. AirAsia mengelarkan para pekerjanya All Stars kerana bagi AirAsia faktor utama yang menyumbang kepada kejayaannya peranan yang diberikan para pekerjanya. Selain  itu, AirAsia juga turut mengambil inisiatif menubuhkan unit budaya korporat yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua pekerja.
Strategi kedua adalah memastikan pengurusan kos efektif. Ini kerana dengan pengurusan kos yang efektif membolehkan AirAsia terus menawarkan harga tambang penerbangan yang rendah kepada pelanggannya.
Strategi yang ketiga adalah membina hubungan yang baik dengan rakyat Malaysia. Untuk setiap kejayaan yang diperolehi oleh AirAsia mahupun Dato Tony Fernandez sendiri, kecil atau besar kejayaan yang diperolehinya bukan sahaja diraikan malahan diwar-warkan di laman web AirAsia sendiri dan hebahan melalui media dan dipaparkan sebagai kejayaan rakyat Malaysia bersama dan bukannya pada kejayaan AirAsia atau Doty Tony Fernandez.

Strategi-strategi yang digunakan AirAsia ini bersifat Universal. Strategi-strategi tersebut bukan sahaja boleh digunakan oleh bisnes yang besar malah juga perniagaan yang kecil dan yang hendak mula bertapak. Strategi-strategi yang digunakan oleh Dato Tony Fernandez ini sangat berkesan dalam pembangunan usahawan. 

ARTIKEL BERKAITAN USAHAWAN

2. USAHAWAN SEBAGAI KERJAYA



SUMBER:  http://mylittletask.blogspot.com/2010/11/usahawan-sebagai-kerjaya.html


Artikel ini menjadi pilihan saya kerana zaman sekarang ramai yang mula berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan ini dan menjadikan keusahawanan bidang kerjaya mereka. Malahan, golongan remaja zaman kini pun telah menjadikan part time dalam kehidupan mereka. 

Perniagaan dan keusahawanan merupakan satu bidang pekerjaan yang mencabar walaupun ianya kelihatan mudah. Kedua-duanya  membawa erti kata yang sama  dari satu sudut iaitu bekerja sendiri menjual atau memberi perkhidmatan tertentu namun kedua-duanya adalah berbeza. Perniagaan merupakan suatu urus niaga jual beli dan tidak lebih daripada itu. Seorang peniaga hanya memikirkan pasal keuntungan dan tidak akan cuba untuk mengembangkan perniagaan tersebut.

 Biasanya seorang seorang peniaga hanya tahu menjual barang yang sudah ada sahaja dan tidak akan cuba mengaplikasikan suatu suatu barang yang baru.

 Manakala seorang usahawan mempunyai perancangan jangka panjang. Seorang usahawana mempunyai semangat yang cekal, ketabahan dan keazaman yang  utuh. Seorang usawahan biasanya merancang dahulu sesnuatu perkara,tempat dan apa sahaja yang berkaitan produk serta perkhidmatan yang ingin dihasilkan. Selain itu seorang usahawan juga tidak hanya memikirkan untung semata-mata.
Antara kelebihan-kelebihan menjadikan bidang usahawan ini sebagai kerjaya adalah:-

  • Tiada bos. Bermaksud tiada siuapa yang akan mengarahkan kita untuk melakukan kerja. Kita sendiri yang akan melakukan kerja tersebut. Kita adalah bos di dalam perniagaan kita.

  • Kerja sampingan. Ini juga boleh menjadi part time business disamping kita melakukan kerja utama kita.

  • Tidak memerlukan kepakaran yang khusus. Apa yang penting adalah ilmu yang mencukupi tentang selok belok bidang keusahawanan ini.

  • Trend zaman kini




Monday 29 September 2014

ARTIKEL BERKAITAN USAHAWAN

1. USAHAWAN: ADAKAH IANYA DILAHIRKAN ATAU DIBINA?




SUMBER:  http://azizanosman.com.my/blog/usahawan-adakah-dilahirkan-atau-dibina



Artikel ini menjadi pilihan saya kerana sesetengah pihak berpendapat bahawa usahawan ini dilahirkan secara semula jadi bermaksud lahir-lahir terus tahu boleh jadi usahawan ataupun diwarisi daripada keluarga. Sebenarnya, pendapat ini salah kerana usahawan bukanlah lahir-lahir terus jadi usahawan ataupun dulu ibubapanya seorang usahawan jadi bila besar mesti anaknya pun akan jadi usahawan. 

Sebenarnya anggapan ini salah kerana untuk menjadi seorang usahawan bakat adalah tidak penting tetapi ilmu yang mencukupi yang diperlukan. Daripada ilmu bakat dan kemahiran akan timbul secara tidak langsung.

Jika diperhatikan usahawa-usahawan kita di Malaysia tidak semuanya mempunyai latar belakang yang berjaya. Usahawan datang dari pelbagai semua lapisan masyarakat, semua kumpulan umur dan dari pelbagai sudut.


Jadi, kita semua boleh menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan adanya semangat, sokongan dan dorongan dari pihak-pihak yang terdekat seperti keluarga. Yang penting adalah ilmu. 
Ilmu adalah segala-segalanya. Dengan adanya ilmu insyaAllah kita semua boleh berjaya dalam bidang yang diceburi.

Monday 22 September 2014

USAHAWAN-USAHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA



                                                         DATUK YUSUF TAIYOOB








KENAPA USAHAWAN INI DIPILIH?



Syarikat miliknya iaitu Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) telah menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan mempunyai kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.Usahawan ini juga dipilih kerana beliau merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.




LATAR BELAKANG

Nama : Datuk Yusuf Taiyoob

Jawatan :Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd


Asal : Georgetown, Pulau Pinang


Umur : 52 tahun


Isteri : Datin Yusnita Ramli


Anak : Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)


Adik-beradik: Anak sulung daripada empat beradik


Jenis perniagaan: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan





BAGAIMANA BELIAU MEMBANGUNKAN PERNIAGAANNYA?




Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. 

Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang dibuat sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serious) akibat tekanan yang dihadapi oleh kerana penjualan yang merudum teruk.

Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand.

Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk diluar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.


USAHAWAN-USAHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA




                                                            T ANANDA KRISHNAN





KENAPA USAHAWAN INI DIPILIH?

T Ananda Krishnan merupakan Orang Ke-2 yang terkaya di Malaysia. Di samping itu, saya ingin mengetahui lebih dalam tentang diri tokoh usahawan ini yang banyak memberi sumbangan dalam bidang keusahawanan dan ekonomi di negara kita.




LATAR BELAKANG


- Nama sebenarnya adalah Tatparanandam Ananda Krishnan

- Berumur 75 tahun 

- Dilahirkan di Brickfields, KL pada 1hb April, 1938

- Beliau merupakan bekas pelajar Harvard University dalam jurusan MBA. Sebelum itu beliau belajar Sains      Politik di Australia

- Sekolah awalnya adalah di Sekolah Tamil Vivekananda, Brickfields

- Uniknya Ananda Krishnan ini adalah, dia tak pernah muncul di tempat awam. Malah dia tak pernah terlibat    dalam semua urusan perniagaannya dan tak pernah hadir dalam mana mesyuarat agung syarikat                    kepunyaanya.

- Syarikat utamanya di Bursa Saham adalah, Astro, Maxis dan Bumi Armada. Ketiga-tiganya mencecah          nilai pasaran RM81.48 Billion.




BAGAIMANA BELIAU MEMBANGUNKAN PERNIAGAANNYA?



Banyak cerita mengenai kejayaannya melalui kegiatan-kegiatan perjudiannya di Australia dan sebagai pembuat tawaran perniagaan (dealmaker) kini telah pun disiarkan di media tempatan dan asing. 

Salah satu suku daripada kekayaannya datangnya daripada usaha perjudian seperti loteri, pertaruhan perlumbaan kuda.
Usaha Ananda yang sulung adalah dalam bidang perdagangan minyak.
Sebelum 1992, Ananda merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleum di Asia. 
Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.
USAHAWAN-USAHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA



                                                         DATO' TONY FERNANDES






KENAPA USAHAWAN INI DIPILIH?

Usahawan ini dipilih kerana beliau merupakan salah seorang usahawan yang berjaya. Beliau merupakan pengasas dan peneraju syarikat penerbangan termurah, Air Asia.




LATAR BELAKANG


- Berusia 50 tahun.

- Dilahirkan pada 30 April 1964.

- Mempunyai campuran Portugis Goa (India) dan Portugis Melaka.

- Bapa beliau bernama Dr Stephen Edwards  manakala ibunya bernama Ena Dorothy Fernandez.

- Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di     sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.

- Sekembalinya  ke Malaysia beliau telah dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn       Bhd.  Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid   dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992             sehingga 2001, dan akhir sekali memegang jawatan vice  presiden kumpulan  bagi kawasan AsiaTenggara.



BAGAIMANA BELIAU MEMBANGUNKAN PERNIAGAANNYA?



Penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi  Air Asia,  syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. 
Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737  yang  usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan  Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001  telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. 

Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia.
Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui  142 laluan dan 78 destinasi  dengan sejumlah 400 penerbangan sehari  di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. 

Pada tahun 2011,  Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.



4 USAHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA

USAHAWAN-USAHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA



                                                            DATUK JIMMY CHOO


                                      



KENAPA USAHAWAN INI DIPILIH?


Usahawan Jimmy Choo dipilih kerana saya amat mengagumi usahawan ini kerana telah berjaya menjadi seorang yang amat dikenali di abad ini dengan kisah kejayaannya yang tersendiri  dengan  mengeluarkan produknya sendiri iaitu kasutnya yang eksklusif dan bergaya. Jimmy Choo telah mendapat pendedahan awal tentang teknik pembuatan kasut kerana dulunya ayah beliau pernah menjalankan perniagaan membuat kasut.



LATAR BELAKANG

- Seorang pereka kasut yang beroperasi di London, England.
- Terkenal kerana kasut serta beg tangan buatan tangannya yang mahal. 
- Antara pelanggan-pelanggannya ialah Natalie Imbruglia, Katie Holmes serta Puteri Diana dari Wales.  
- Tamara Mellon telah menjadi rakan kongsi dengan Jimmy Choo untuk memulakan sebuah syarikat pengeluaran kasut yang berpusat di Itali dan mengeluarkan jumlah kasut dalam kuantiti yang besar.
- Nama sebenar Jimmy Choo adalah sebenarnya Jimmy Chow. Pendaftar telah tersilap mengeja namanya pada sijil kelahiran  Jimmy Choo sehinggakan nama Jimmy Choo itu dikenali ramai. 
- Beliau dilahirkan di Pulau Pinang Malaysia pada tahun 1961.
- Belajar di Kolej Teknikal Cordwainer( Kolej Fesyen London)
- Beliau mula membuat kasut ketika umurnya sebelas tahun.
- Choo sekarang ialah warganegara UK.


BAGAIMANA BELIAU MEMBANGUNKAN PERNIAGAANYA?


Jimmy Choo telah dilahirkan dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau telah mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya sendiri iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.

Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertamanya pada umur 11 tahun. Menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. 
Pada tahun pertama, bapanya menanggung pengajiannya tetapi untuk 3 tahun yang seterusnya, beliau terpaksa melakukan kerja part time sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya.
Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. 
Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau telah mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.
Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. 

Kini jenama Jimmy  Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di seluruh dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar.



Thursday 18 September 2014

BAB 1: APA ITU KEUSAHAWANAN & PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Definisi Keusahawanan


Keusahawanan adalah aktiviti sebagai seorang usahawanyang boleh ditakrifkan sebagai "seseorang yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan satu inovasi pada barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi".





SEJARAH KEUSAHAWANAN



Pada zaman awalan 

Bermula zaman Marco Pollo yang memulakan pelayaran dan perdagangan ke Timur Tengah.

Menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis yang merupakan penanggung risiko yang pasif. 

Keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang tersebut. 


Pada zaman pertengahan 


    Mereka merupakan individu yang terlibat didalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. 

    Mengunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan.   

    Mereka tidak menanggung sebarang risiko kerana mereka merupakan individu yang mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja. 


    Abad ke-17 


      Terdapat hubungan diantara risiko dan usahawan.  

      Mereka menandatangani kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan dan membekalkan produk yang telah ditentukan.  

      Harga kontrak adalah tetap jadi rugi dan untung ditanggung oleh usahawan. 

      Pakar ekonomi iaitu Richard Cantillion menyatakan mereka merupakan penerima risiko. 



      Abad ke-18  


        Mereka dibahagikan daripada pembekal kapital (pemodal).  

        Ini kerana perkembangan industridan penciptaan yang berlaku diseluruh dunia seperti Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan individu pengguna kapital dan mereka bukan pembekal modal. 



        Abad ke-19 dan 20  


          Bidang pengurusan seperti pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai usahawan. 


          Abad ke-21  


            Mereka sebagai individu yang produktif untuk pasaran Free Enterprise. 

            Mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi pelbagai risiko.  

            Usahawan adalah perintis (pelopor) didalam mencipta dan membuka perniagaan baru serta memberikan peluang pekerjaan.


            KESIMPULAN

            Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini. Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. 


            Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan) adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.



            Keusahawanan melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.